Friday, January 7, 2011

PENGENALAN PELABURAN EMAS


EMAS dikategorikan sebagai pelaburan yang sangat baik untuk jangkamasa SEDERHANA & PANJANG. Ini dapat dibuktikan melalui sejarah, fakta, statistik yang diambil sejak 10 tahun yang lalu.

Namun tahukah anda bagaimanakan cara untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? apakah pelaburan yang terbaik? dimana mendapatkannya? Apakah kelebihan serta keburukan setiap pelaburan tersebut? Semua persoalan ini akan dijawab secara ringkasnya di blog ini

Sebagai contoh, kita ambil harga 1 Oz kijang emas bersamaan 31.12 gram yang dirujuk dari website Bank Negara. Didapati:

** Pada 18/7/2001 harga 1OZ bersamaan RM1082.00

** Pada 16/7/20 10 harga 1Oz bersamaan RM4110.00

** Peningkatan harga atau kenaikan sebanyak 279.85% selama 9 tahun

** Purata pulangan 31.09% setahun

Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia yang di kenali dan diiktiraf oleh pihak berkuasa antaranya:

1. Membeli Emas Fizikal di Public Gold & Public Dinar

2. Membeli Kijang Emas di Maybank @ Syiling Maple Leaf, Kanggaro Nugget di UOB

3. Simpanan Gold Saving Passbook di Maybank @ Public Bank

4. Membeli Dinar Emas Kelantan & Syarikat berkaitan yang berdaftar

5. Membeli PAMP Suisse gold bar dari kedai emas terkemuka seperti Poh Kong, Habib Jewel dll

6. Pembelian barang kemas

Secara konsepnya setiap pelaburan emas yang dibuat akan mendatangkan keuntungan yang tinggi bergantung kepada kebolehan, pengetahuan, ilmu yang kita ketahui berkaitan dengan emas. Disini saya akan kongsikan analisa saya untuk setiap pelaburan yang dibuat menerusi instrumentasi yang berlainan sebagai panduan. Sila layari link-link berkaitan.

Sekian,

EMAS IMPIANA


No comments:

Post a Comment