Jujurnya saya mula diperkenalkan dengan EMAS oleh teman sepejabat awal Tahun 2010. Beliau banyak membantu memberi input berguna berkaitan kepentingan menyimpan EMAS. Terima kasih tak terhingga saya abadikan penghargaan untuk sahabat bernama Saudara Muhammad Azlan Othman. Setelah hampir setahun saya menyimpan, beberapa fakta serta kajian menarik dapat dikumpulkan untuk tatapan pengunjung blog saya ini. Semoga lebih ramai lagi rakan-rakan diluar sana menyimpan emas sebagai pelaburan dimasa mendatangHasil dari pemerhatian serta kajian yang saya lakukan dalam tahun 2010 ini, secara puratanya didapati kadar kenaikan emas setiap tahun puratanya mencecah 27%. Fakta yang saya peroleh ini bukanlah omongan kosong, ianya bersandarkan kepada fakta yang disokong kukuh oleh taburan data & graf oleh pemerhati-pemerhati ‘gold performance’ seluruh dunia!
Dari carta graf diatas, cerapan harga yang dibuat pada 21 December 2009 bersamaan USD1090.20 manakala cerapan setahun kemudiannya iaitu pada 22 December 2010 bersamaan USD1385.20. Hasil pengiraan yang saya perolehi menunjukkan kenaikan sebanyak 27% setahun. Pada saya ini sudah dikira lumayan tanpa perlu kita berbuat apa-apa.
Saya juga ada membuat sedikit pelaburan dalam ASB sebagai pasif income. Hmm punya la sesak pada pagi 3 januari 2011 apabila saya pergi ke bank dengan tujuan yang sama. Saya dapati ramai dikalangan pelanggan bank update buku ASB sempena pengumuman berkenaan bonus dan dividen ASB untuk tahun 2010 yang lalu.. Ramai dikalangan mereka gembira melihat kenaikan keuntungan dividen tahun 2010 berbanding tahun 2009 tersenyum sendirian.
Kalau pada tahun 2009, PNB bagi dividen 7.30% manakala bonus 1.25%, pada tahun 2010 diberi dividen 7.50% serta bonus kekal sama seperti tahun 2009 iaitu 1.25%. Laba keuntungan ASB ini saya anggapkan juga dicerap pada masa, ketika dan tarikh yang sama berdasarkan kepada pengumuman pihak berkenaan pada 22 December 2010.
Dengan andaian saya mempunyai simpanan dalam ASB sebanyak 200K..paling tidak pun setelah dicampur dengan dividen saya boleh memperoleh simpanan dalam 215K++. Begitu juga kisahnya kalau saya ada emas sebanyak 200K, paling-paling tidak pun saya menyimpan setahun, emas saya sudah bernilai hampir RM250K++.
Dari kedua-dua situasi berkenaan saya menyimpulkan bahawa tidak mendatangkan kerugian bahkan memberi lebih keuntungan kepada saya kerana melabur sebahagian dari wang yang saya miliki dalam bentuk pelaburan emas.
Salam Permulaan
BAru Nak BelaJAr TentANg EmAS
Dari carta graf diatas, cerapan harga yang dibuat pada 21 December 2009 bersamaan USD1090.20 manakala cerapan setahun kemudiannya iaitu pada 22 December 2010 bersamaan USD1385.20. Hasil pengiraan yang saya perolehi menunjukkan kenaikan sebanyak 27% setahun. Pada saya ini sudah dikira lumayan tanpa perlu kita berbuat apa-apa.
Saya juga ada membuat sedikit pelaburan dalam ASB sebagai pasif income. Hmm punya la sesak pada pagi 3 januari 2011 apabila saya pergi ke bank dengan tujuan yang sama. Saya dapati ramai dikalangan pelanggan bank update buku ASB sempena pengumuman berkenaan bonus dan dividen ASB untuk tahun 2010 yang lalu.. Ramai dikalangan mereka gembira melihat kenaikan keuntungan dividen tahun 2010 berbanding tahun 2009 tersenyum sendirian.Kalau pada tahun 2009, PNB bagi dividen 7.30% manakala bonus 1.25%, pada tahun 2010 diberi dividen 7.50% serta bonus kekal sama seperti tahun 2009 iaitu 1.25%. Laba keuntungan ASB ini saya anggapkan juga dicerap pada masa, ketika dan tarikh yang sama berdasarkan kepada pengumuman pihak berkenaan pada 22 December 2010.
Dengan andaian saya mempunyai simpanan dalam ASB sebanyak 200K..paling tidak pun setelah dicampur dengan dividen saya boleh memperoleh simpanan dalam 215K++. Begitu juga kisahnya kalau saya ada emas sebanyak 200K, paling-paling tidak pun saya menyimpan setahun, emas saya sudah bernilai hampir RM250K++.
Dari kedua-dua situasi berkenaan saya menyimpulkan bahawa tidak mendatangkan kerugian bahkan memberi lebih keuntungan kepada saya kerana melabur sebahagian dari wang yang saya miliki dalam bentuk pelaburan emas.
Salam Permulaan
BAru Nak BelaJAr TentANg EmAS
No comments:
Post a Comment