Wednesday, February 23, 2011

EMAS BERHARGA RM4,284 SATU AUNS

Ketegangan Afrika Utara, Asia Barat pengaruhi harga

HARGA emas meningkat melebihi AS$1,400 (RM4,284) satu auns semalam, pertama kali dalam tempoh hampir tujuh minggu, berikutan ketegangan yang terus memuncak di Afrika Utara dan Asia Barat. Ketegangan kini merebak dari Mesir dan Tunisia ke negara Asia Barat dan Afrika Utara lain apabila penunjuk perasaan berkumpul membantah pemerintahan pemimpin yang sudah memegang kuasa begitu lama.

Harga emas sesi dagangan semalam naik sehingga AS$1,400.40 satu auns daripada paras AS$1,388.58 (RM4,249.05) satu auns ketika didagangkan di New York Jumaat lalu. Harga kontrak hadapan emas bagi April naik AS$11.70 (RM35.8) satu auns kepada AS$1,400.30 (RM4,284.91).

“Tidak dapat disangsikan lagi bahawa kenaikan logam berharga itu yang berlaku sejak kebelakangan ini berikutan ketegangan di Asia Barat,” kata Daniel Major, Penganalisis di RBS Global Banking & Markets.

“Jika (pembelian) tidak dibuat menerusi dana dagangan bursa atau di Comex, ia kemungkinan besar dibuat menerusi pasaran dagangan fizikal iaitu pembelian syiling atau jongkong emas kecil, dan saya tidak menolak kemungkinan adanya pembelian lebih besar oleh individu kaya jika dilihat daripada keadaan ketegangan yang belum berkesudahan,” katanya.

Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, semalam berkata revolusi di Tunisia akan menjadi model kepada lain-lain negara yang ingin melakukan pembaharuan politik.

Tentangan terus diberikan kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang terus merebak di ibu negara, Tripoli kelmarin dan anak lelaki berikrar untuk terus bertahan ketika semakin ramai penunjuk perasaan terbunuh di timur negara itu. Harga minyak pula terus naik hampir sebanyak AS$3 setong kepada paras tertinggi dalam tempoh dua setengah tahun ketika peniaga melihat berlakunya ketegangan yang tidak berkesudahan di negara pengeluar minyak utama, Libya.

Harga saham di Eropah turut jatuh berikutan krisis itu. Dalam dagangan semalam, harga perak naik setinggi AS$33.46 (RM102.38) satu auns, platinum pada AS$1,844.25 (RM5,643.4) satu auns manakala palladium pada AS$859 (RM2,628.54) satu auns.

Sumber: Berita Harian

Tuesday, February 8, 2011

MEMBUAT PERSONAL LOAN UNTUK BELI EMAS?

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Seringkali apabila saya bercerita tentang kebaikan emas, pelbagai pendapat dan persepsi yang akan saya terima. Sering juga soalan-soklan seperti "berbaloikah kita membuat personal loan untuk beli emas" diutarakan. Disini saya menyarankan kepada rakan-rakan bagaimana caranya kita menjana keuntungan dengan menggunakan emas.

Berdasarkan pengalaman saya membuat pinjaman dan membeli emas fizikal, saya dapati ia memang menguntungkan dan saya kira ianya merupakan pinjaman yang baik. Pada saya pinjaman yang baik ialah "pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya. Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin"

Ok, berbalik pada cerita membuat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis yang dibuat berdasarkan data yang sebenar..

KAJIAN KES:

Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 untuk tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00

Jika RM10 000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002) maka anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz.

Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu menjadi RM2351 (2/4/2007). Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351 x 8 = RM18,808!

Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00. Anda akan untung 51.88% . Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga 13/8/2010, berapa keuntungannya?

Ini pengiraannya:
Harga Kijang Emas pada 13/8/2010 ialah RM3930.00 seunit
Jadi RM3930.00 x 8 keping = RM 31,440.00!!

Keuntungan bersih anda ialah RM 17,820.00!! dalam masa 8 tahun (bersamaan 178%). Purata pulangan ialah 22.25% setahun. Hebat betul keuntungan daripada emas ini ya?

MENGAPA SAYA YAKIN TERHADAP TEKNIK INI?

Berdasarkan kepada pembacaan yang intensif dan kajian yang menyeluruh, kesemua pakar pelaburan memberitahu bahawa sekarang zaman kenaikan emas. Sistem kewangan berasaskan kredit telah mengalami masalah. Dengan kata lain harga emas memang berpotensi tinggi meningkat naik.

Kita pun tahu krisis ekonomi telah melanda Amerika Syarikat dan Eropah akhirnya merebak ke seluruh dunia. Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, kita sudah dapat lihat harga emas telah naik sehingga mencecah USD1261 / Oz.

Ini adalah kenaikan harga yang sukar dibayangkan memandangkan harga emas pada tahun 1970-an hanyalah USD35/Oz.

Jadi dalam tempoh 40 tahun, harga emas mencanak naik daripada USD35 / Oz kepada USD 1261 / OZ (sekarang ini harga emas sekitar USD 1300 USD / Oz)

BAGAIMANA DENGAN SAYA? ADAKAH SAYA TURUT MEMBUAT TEKNIK INI?

Saya memang membuat teknik ini. Bagi saya, ilmu yang baik + tindakan yang betul akan mendatangkan keuntungan yang besar.

Saya bukan sekadar membeli emas fizikal sebagai pelaburan tetapi sebagai perniagaan. Daripada duduk termenung menunggu kenaikan harga emas, lebih baik saya tambah income dengan menjual emas. Emas yang saya jual ialah emas Public Gold. Mula-mula saya start dengan RM21,000,kemudian tambah lagi kepada RM15,000. InsyaAllah..dalam masa yang terdekat ini saya akan tambah pula RM50,000.

Kesemua ini saya beli emas. Memang untung sebab selain daripada menikmati kenaikan harga emas, saya juga mendapat pendapatan sampingan daripada menjual emas.

Sekian

Monday, January 10, 2011

PERBANDINGAN SETIAP PELABURAN EMAS

Ini merupakan sebahagian dari analisis dan kajian perbandingan pelaburan emas mengunakan pelbagai saluran yang ada.

Dari pemerhatian yang dilakukan, setiap pelabur yang berminat untuk menyimpan emas seharusnya mengambil kira faktor-faktor seperti perbezaan harga jual dan harga beli, mudah diperolehi atau didapati, tiada syarat terselindung dan harga yang kompetitif.

Perlu diingatkan bahawa emas bukan merupakan barang kawalan. Oleh itu setiap pihak boleh menawarkan harga mengikut kehendak masing-masing. Kita sebagai pelabur harus bijak dalam membuat pilihan.

Antara garis panduan yang boleh kita rujuk seperti melihat harga emas semasa di pasaran dunia dan lain -lain lagi.


** klik image & zoom untuk lebih jelas